Mac 14, 2016

Berjawatan Tinggi, Tapi Belum Kaya. Ini Sebabnya!


Ramai orang mengimpikan kehidupan yang kaya-raya. Tapi, tak ramai yang mampu merealisasikan impian untuk merubah taraf hidup masing-masing.

Bukan apa, kadang-kadang orang kita ni bukan tak ada duit, tapi tak tahu wang tersebut kemana. Haa, kali ini kami nak share sedikit mengenai sebab-sebab anda belum kaya.
Artikel ini hanya untuk berkongsi pandangan tau! Jangan kecam pula. Hehe!
Tak Pernah Terfikir Boleh Kaya
Pernah dengar tak orang kata ‘jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan’? Sebenarnya, semua boleh di set dalam otak anda.
Jika anda berfikiran untuk kaya dan mempunyai minat untuk menjadi salah seorang manusia yang kaya didunia, anda pasti akan mencari 1001 jalan untuk berjaya.

Kerap Bertukar Plan
Well, salah satu cara untuk cepat kaya ialah berniaga. Tapi, sedarkah anda sekiranya anda tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, anda tak akan berjaya membuka apa jenis perniagaan pun.
Kerap bertukar produk atau servis perniagaan pun boleh membuat anda tidak mendapat income yang kukuh. Pendek kata, hanya hangat-hangat tahi ayam.
Tak Planning Masa Depan
Asyik berfikir untuk kaya pun tak guna juga kalau anda tak ada planning untuk masa hadapan. Apa kata anda plan kehidupan dan perbelanjaan anda supaya lebih teratur.
Dengan cara ini, anda akan lebih banyak menyimpan! Tapi, jangan plan saja, sertakan dengan tindakan sekali tau!
Tiga perkara ini kami dah dapat discover. Anda pula bagaimana? Hmm, kalau ada lagi sebab-sebab lambat nak kaya walaupun dah berjawatan tinggi, bolehlah share dengan kami ya!
(—–>> Untuk pembelian 1 gram tersebut, boleh ikut step yang saya tunjukkan dalam artikel ″Cara dapat PERCUMA Emas Zenith Gold ″)


RAMALAN EKONOMI DARI PENJAHIL EKONOMI


Saya tiada pernah belajar ekonomi dari mana-mana universiti. Saya hanya belajarnya “by heart” dengan memperhatikan mekanisma ekonomi yang berlaku dalam negara dan luar negara. Semasa anda main Warcraft, Counter Strike, Candy Crush saya juga bermain game juga. Tetapi game saya ialah FXCM (Foreign Exchange Game menggunakan wang maya sahaja). Ya, saya main game FXCM masih demo lagi.
Ada baik juga orang bodoh ekonomi macam saya bercerita tentang ekonomi. Orang bodoh menulis, orang bodoh dan pandai kedua-duanya boleh faham. Kalau orang pandai menulis, orang pandai sahaja faham dan orang tak pandai ni macam mana pula?
OK, itu bukan isu yang nak saya ceritakan. Tapi mudahnya, saya belajar ekonomi by heart tanpa paper. MAKA, jangan percaya sangat ramalan yang saya tulis ini. Baca sahaja, TRUST with your own risk
RAMALAN EKONOMI NEGARA LAGI 5 TAHUN DARI SEKARANG.
Ramai juga saya lihat pakar ekonomi Facebook meradang sana sini bercerita tentang National Debt yang adakalanya jadi satu hiburan mengalahkan Rajalawak. Mereka pun macam saya juga, cakap pasal ekonomi tanpa pergi sekolah belajar ekonomi. Ini macam kisah monyet tengok monyet lain dan gelakkan monyet itu dan bercakap “Kelakarlah muka ko macam monyet”. (OK cukup. Tarik nafas)
Secara terperinci saya tidak tahu, tetapi ramalan saya dalam tempoh 5 tahun ini, Malaysia akan mengalami STROKE EKONOMI. Beberapa fenomena yang membimbangkan sedang terjadi. Saya nak mudahkan sahaja supaya orang tak pergi sekolah ekonomi pun boleh faham.
Satu yang anda perlu faham ialah tentang HUTANG NEGARA. Dengan siapa negara berhutang? Risau sangat sampai sebahagian yang juga dah jadi ahli politik pun gelabah, takut negara tergadai macam hutang kereta bila tak bayar nanti kena tarik balik dengan tonto. Siapa nak tarik negara? Ini penjelasan saya. Kerajaan perlukan WANG untuk bangunkan negara. Pendapatan kerajaan datang dari beberapa sumber utamanya seperti;
(BAHAGIAN A – SUMBER/DARI KERAJAAN)
1. CUKAI (pelbagai jenis cukai – Cukai pendapatan, kastam, dll)
2. Hasil dari GLC (Syarikat seperti Petronas, TNB, Telekom dll)
3. Lain-lain
Dan juga takungan besar negara kita antaranya ialah;
(BAHAGIAN B : TABUNGAN/SUMBER DARI RAKYAT)
1. Simpanan WANG ANDA dalam bank
2. KWSP
3. Tabung Haji
4. Segala wang-wang dalam bank
5. Lain-lain (e.g rezab dalam dan luar negara dll.)
Cuba alirkan satu hos air ke dalam sebuah baldi sehingga melimpah. Apabila baldi dah penuh, air masuk dan air keluar lebih kurang sama kuantitinya. Sebahagian air dalam baldi itu adalah air yang sama tak berolak. Sama seperti bank. Ada masuk ada keluar dan ada juga yang duduk diam-diam dalam tu.
Hasil dari SUMBER akan digunakan untuk menjalankan operasi dan membangunkan negara oleh pemerintah yang dipilih. Jika dana dari SUMBER itu (Bahagian A) tidak mencukupi, maka Negara akan meminjam dana dari BAHAGIAN B. Ia sama seperti konsep pinjam tabung anak sementara gaji belum masuk. Nanti kita dah dapat gaji, kita bayar balik tabung anak yang kita guna. Dalam masa yang sama, kita perlu pastikan bila anak nak pakai duit dalam tabung itu, duit itu ADA di situ. Jika bapak boros sangat, duit gaji habis hari pertama dan kedua lama-lama duit tabung anak pun kering kontang dah tak ada apa nak dikorek lagi.
Apabila jumlah hutang bapa yang pinjam duit anak itu bersamaan dengan duit tabung anak. MAKA… itulah analogi BENGKRAP (muflis) (syaratnya, duit gaji dah habis pakai dan guna duit tabung anak selepas itu). Hutang lama tak sempat nak bayar, dah buat hutang baru.
Ternyata, tabung besar kita ialah KWSP. Ia merupakan satu simpanan paksa. Apa yang bapa akan buat jika tabung anak semakin KOSONG? Bapa akan buka tabung baru yang cantik-cantik dan promote kepada anak untuk menabung di situ juga dengan janji bulan dan bintang. Itulah analogi BON, Sukuk (Islamik) dan juga yang paling mudah nak faham… AMANAH SAHAM. Kerajaan promosi orang menyimpan duit dalam bank DAN BUKAN KELUARKAN WANG UNTUK BELI EMAS.
Anak yang selalu menabung tapi terasa tabung tak bertambah berat akan mula sangsi dan mula menabung di tempat lain pula. Ada yang ambil duit itu beli EMAS dan ada juga yang tak menabung dengan tabung jagaan bapa tetapi menabung dengan tabung jagaan Cik Senah sebelah rumah yang dirasakan lebih dipercayai.
Situasi ketika ini, SUMBER negara tidak mencukupi untuk menampung kos negara dan pembangunannya dan TAK CUKUP juga untuk bayar pinjaman kepada penabung. Maka, akibat seterusnya adalah perkara-perkara berikut;
1. Kenaikan cukai
2. Pengenalan cukai baru
3. Adjustment BLR (Kadar faedah pinjaman)
4. Cetakan wang
5. Pengurangan subsidi etc
Perkara di atas akan berlaku dan ia sedang berlaku. Yang paling merisaukan kerana itulah punca inflasi. Keupayaan membeli berkurang, nilai RM1 dulu tak sama dengan RM1 sekarang. Kalau dulu RM1 boleh beli sekilo kacang, hari ini RM1 boleh beli 500g sahaja. Itulah inflasi kerana mereka yang bergaji RM10,000 hari ini merasa ia seperti RM5000 sahaja. Mekanisma nilai RM jatuh itu satu topik lagi, yang itu baik baca sendiri lah.
Kesimpulannya, jangan panik Malaysia tak mungkin kena tarik jadi milik orang lain KECUALI kalau Si Bapa yang hutang anak tu pinjam duit dari Cik Bedah, CETI depan rumah untuk bayar hutang anak pula. Cik Bedah tanya apa nak cagar, kemudian setuju Cik Bedah, seluk kutang baju beri kat bapakselonggok duit. Bapak bayar hutang anak sampai selesai tetapi tak selesai pun, bapak alih hutang itu kepada Si Ceti pula. Nanti Bapak tak boleh bayar Cik Bedah pula habis rumah Bapak tu tergadai diambil Cik Bedah. Dalam konteks ini, Cik Bedah ialah IMF.

Dalam 5 tahun lagi, Malaysia akan sampai ke persimpangan itu. Duit tabung anak dah habis dikorek, siap korek tabung atuk yang nak pencen pun licin. Pendapatan macam tu juga tak cukup nak bayar balik pinjaman. Anak pula dah hilang percaya daripada duit habis di kebas, baik anak beli barang kemas ataupun anak simpan tabung pada jiran pula (foreign investment).
Pada ketika itu, Malaysia dalam ambang bengkrap (muflis). Memang tak payah risau negara tergadai selagi tak pinjam dari Makcik Bedah (IMF). TETAPI… dari manakah lagi wang untuk dikorek oleh kerajaan untuk mereka yang cucuk duit di ATM pasal nak pergi beli sayur di pasar borong. Jika keluar pun duit itu, berapa murah nilai duit itu nanti? Adakah perlu bawa seguni RM untuk beli sekilo ikan cencaru?
Pada ketika itu, tidak kira BN atau PAKATAN RAKYAT kedua-dua pun dah tak minat nak perintah Malaysia.
Siapakah PENYELAMAT ketika itu?
Itulah masa PEMIMPIN tidak boleh bongkak dengan rakyat lagi. Itulah masa ego pemimpin dijatuhkan rakyat. Itulah ketika pemimpin akan merayu kepada rakyat. Itulah masa sebenar RAKYAT MENJADI TUAN.
Mengapa?
Di tangan rakyat ada WANG DAN ASET yang tidak berada dalam TABUNGAN (Bahagian B). Di tangan rakyat ADA EMAS yang berjongkong-jongkong. Di tangan rakyat ada kekayaan yang disimpan dengan jiran. Di tangan rakyat ada cukai yang patut dibayar. Di tangan rakyat ada PENENTU.

(—–>> Untuk pembelian 1 gram tersebut, boleh ikut step yang saya tunjukkan dalam artikel ″Cara dapat PERCUMA Emas Zenith Gold ″)


7 nasihat Robert Kiyosaki tentang cara uruskan kewangan, yang tak lapuk ditelan zaman.

Tok rasa, korang dah cukup kenal dengan nama ini. Robert Kiyosaki cukup pakar dalam bab pengurusan kewangan peribadi.
Beliau antara sifu kewangan terbaik antarabangsa, yang dah banyak membantu ramai orang mengurus kewangan dengan baik.
Buku Rich Dad Poor Dad tulisan beliau menjadi fenomena, yang banyak membuka mata dan minda orang ramai tentang perkara ini.
Dan Kiyosaki tak pernah berehat atau rasa penat untuk kongsikan ilmu yang baik tentang kewangan.
Mulakan pagi Isnin korang dengan membaca perkongsian bertaraf emas ini. Dan tip ini, korang boleh pakai sampai bila-bila selagi nyawa dikandung badan. In Shaa Allah.

#1: Ilmu kewangan adalah kunci utama kekayaan semua orang.

Robert Kiyosaki pernah kata:
“SAYA CUKUP GHAIRAH (PASSIONATE) MENGAJAR DAN BAGI ORANG LAIN PANDAI URUSKAN KEWANGAN MEREKA.”
Sebab itu, Kiyosaki mencipta mainan berpapan (board gameCashflow dan kongsikan ilmu dengan wujudkan syarikat Rich Dadsupaya beliau dapat kongsikan macam-macam ilmu kewangan kat orang ramai.
Permainan ini seperti permainan Monopoly. Cuma, ia cukup realistik. Sebab ia direka berdasarkan senario masalah kewangan kat dunia sebenar.
Jadi, sambil korang main, korang akan belajar sekali selok-belok dan ilmu berguna tentang pengurusan kewangan. Dan ilmu seperti ini 100% tak akan buatkan korang rugi.
Korang sentiasa boleh tambah ilmu dan belajar dengan membaca buku, berguru dengan mentor yang bertauliah, atau datang ke kelas atau seminar kewangan.
Yang penting, belajar dan terus belajar dan perkasakan diri dengan ilmu kewangan yang baik.
Tambah Kiyosaki lagi:
“ILMU YANG BAIK AKAN JADIKAN KITA BERSEDIA UNTUK HADAPI SEGALA KEMUNGKINAN PADA MASA DEPAN, TAK KIRA BAIK ATAU BURUK, DALAM MENCAPAI STATUS BEBAS MASALAH KEWANGAN.”

#2: Elakkan diri jadi hamba duit.

Tak ada siapa yang ambil kisah pasal kewangan korang, melainkan diri korang sendiri. Setuju tak dengan ayat ini?
Dan sepatutnya, kita yang jadikan duit sebagai hamba. Bukan sebaliknya.
Kalau kita pandai simpan dan uruskan duit, kita boleh gandakan duit itu secara automatik, tanpa perlu kita bekerja.
Tak ada siapa yang nak bekerja mencari duit sampai ke tua. Dah tua nanti (dengan izin Allah S.W.T), patutnya kita dah boleh berehat dan luangkan masa bersama anak cucu, dan nikmati kehidupan yang bebas masalah kewangan.
Kiyosaki juga menambah:
“MULA BERTANGGUNGJAWAB URUSKAN KEWANGAN, ATAU BERSEDIA MENJADI HAMBA DUIT SEPANJANG HIDUP ANDA.”
Siapa yang sanggup jadi hamba duit? Tentu korang tak nak kan? Jadi, mula belajar untuk jadikan duit sebagai ‘hamba’ korang.

#3: Sentiasa bayar ‘gaji’ kat diri sendiri. 

Bila kita buat sesuatu bajet, tak bermakna kita cuma nak bayar segala bil yang ada.
Dan ia pula bukanlah bagi lesen kat diri sendiri, untuk berbelanja macam orang tak ada pedoman.
Maksud Kiyosaki adalah, buat satu bajet khas untuk ketepikan sejumlah duit untuk dibuat pelaburan. Ini maksud ‘gaji’ yang disebut kat atas tadi.
Masa Kiyosaki dan Kim (isteri beliau) baru berkahwin, mereka sangat komited untuk melabur. Setiap bulan, mereka akan simpan sebahagian pendapatan sebagai bajet untuk dibuat pelaburan.
Duit ini, mereka gunakan untuk membeli aset supaya dapat menjana pendapatan pasif yang positif. Dan tak pernah salah untuk korang gunakan strategi ini.

#4: Sediakan diri dengan pelan kecemasan.

Dalam situasi ekonomi yang tak stabil sekarang, kita sentiasa ada potensi untuk hilang atau dibuang kerja. Ini adalah hakikat pahit yang kita kena telan.
Selain itu, kita tak tahu masalah lain yang tak diundang akan datang seperti jatuh sakit (masalah kesihatan), kenderaan rosak,  atau macam-macam lagi masalah lain yang berkaitan.
Sebagai langkah persediaan, kita boleh mencipta pelan kecemasan dan buat simpanan khas supaya kita tak kelam-kabut bila masalah ini datang secara tiba-tiba.
Kiyosaki kongsikan pandangan bernas beliau tentang ini:
“SITUASI KECEMASAN YANG TAK DIDUGA AKAN MENGGANGU EMOSI SECARA NEGATIF.
BILA KITA BEREMOSI, KITA TAK BOLEH BERFIKIR SECARA TENANG DAN WARAS.”
Jadi, lebih baik kita sediakan diri sebelum perkara buruk seperti ini terjadi. Bak kata pepatah orang tua:
“TAKKAN DAH RASA NAK BUANG AIR, BARU NAK KOREK LUBANG?”

#5: Guna duit untuk tambah aset.

Rasanya semua dah sedia maklum yang liabiliti seperti kereta, pakaian mahal, dan bercuti kat luar negara tak bagi manfaat kat kewangan kita.
Yang terbaik kita boleh buat adalah gunakan duit untuk menambah aset (seperti hartanah), supaya kita boleh menjana pendapatan untuk jangka masa panjang.
Kiyosaki juga ingatkan, rumah (yang kita duduk) tak dikira sebagai sebuah aset.
Selagi kita perlu keluarkan sejumlah duit untuk menanggung rumah itu, seperti yuran utiliti, cukai, insurans, penyelenggaraan dan sebagainya, ia masih dikira sebagai liabiliti.
Dalam bahasa mudah, aset adalah perkara yang menambah jumlah duit dalam akaun bank kita. Ini adalah satu perkara yang ramai orang tak tahu dan salah anggap.

#6: Tahu bezakan antara “hutang baik” dan “hutang tak baik.”

Mungkin ini satu perkara yang bertentangan dengan apa yang kita selalu fikirkan.
Kiyosaki kata, tak semua hutang adalah hutang yang tak baik dan bermanfaat.
“LANGKAH PERTAMA DALAM STRATEGI BERHUTANG ADALAH FAHAMKAN BEZA ANTARA “HUTANG BAIK” DAN “HUTANG TAK BAIK”.” – ROBERT KIYOSAKI
Sebagai contoh, gadai janji untuk membeli hartanah yang boleh disewakan adalah “hutang baik” yang boleh kita buat. Sebab ia akan menjana pendapatan pasif untuk kita setiap bulan.
Hutang kad kredit pula antara salah satu contoh “hutang tak baik.” Ini sebab ia akan jadi beban kat kita, dan tak berikan kita untung langsung. Lagi perhabis duit kita adalah.
Kiyosaki kongsikan pengalaman beliau kat bawah ini:
“KIM DAN SAYA PERNAH ADA BANYAK “HUTANG TAK BAIK” INI, DAN KAMI URUSKAN IA SECARA SISTEMATIK.
DAN KAMI TAK TAMBAH HUTANG INI SELEPAS DAH BERJAYA SELESAIKAN SEMUANYA.”
Dan ini nasihat Kiyosaki tentang “hutang baik” yang bermanfaat untuk kita hadam:
“SAYA DAN KIM SENTIASA MENCARI JALAN BARU DAN KREATIF UNTUK GUNAKAN “HUTANG BAIK”, SUPAYA IA MEMBANTU BISNES DAN PELABURAN HARTANAH YANG KAMI BUAT.
TAK SALAH GUNAKAN HUTANG JENIS INI, SELAGI IA MENAMBAH DUIT DALAM AKAUN KITA.”

#7: Bekerjasama dengan orang yang berkongsi matlamat dengan kita.

Untuk berjaya, kita sentiasa perlukan sokongan. Terutama sekali bila ia berkaitan tentang perniagaan dan pelaburan.
“Wang penting untuk kekayaan, tapi ia hanyalah sebuah komponen saja”, jelas Kiyosaki.
“YANG MEMBANTU KITA BERJAYA MENCAPAI KEKAYAAN, ADALAH BERJUANG BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YANG SAMA MATLAMAT DENGAN KITA.”
Kalau kita tengok orang kaya, mereka semua ada tim tersendiri. Mustahil mereka boleh berjaya kalau bekerja seorang diri.
Nak cepat berjaya? Cari orang yang sama mentaliti dengan kita, dan bekerja dengan mereka. Dengan ini, kita boleh bertukar pendapat dan pandangan supaya bisnes atau pelaburan menjana lebih banyak untung.
Tok harap perkongsian ini dapat ceriakan pagi hari Isnin korang.
Kalau nak berjaya, sentiasa “laparkan diri” dan terus-menerus memburu ilmu yang baik. Sebab dengan ilmu, baru kita boleh pendekkan jangka masa untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.
Semoga nasihat Robert Kiyosaki ini dapat disemat dalam minda korang sentiasa. Tok doakan korang cepat-cepat berjaya. Ameen.

(—–>> Untuk pembelian 1 gram tersebut, boleh ikut step yang saya tunjukkan dalam artikel ″Cara dapat PERCUMA Emas Zenith Gold ″)

PERINGATAN PENTING !!!

SCAM ANALISIS

Zenith Golds Scam Analisis Betul ker program Zenith Golds ni? Memang ada ke syarikat dia? Macam money game jer Zenith Golds ni? ...